Tuesday, September 29, 2009


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua kawan2 semoga kita bermaaf maafan sempena bulan yang mulia ini..

p/s:bkn senang nak dapt post gambar mcm nie...

Friday, August 28, 2009

Apa pendapat anda mengenai gambar ini??

Saturday, August 15, 2009

Alfatihah -Mohd Asri..

Mari kita beramai ramai menyedekahkan ALFATIHAH kepada Ustaz Asri yang telah meninggal kerana sakit jantung.

Tuesday, August 11, 2009

Kesimpulan

Setelah membaca kenyataan Dr Tee Abdullah dan YB Zulkifli Noordin, saya ingin menginsafkan diri saya sendiri agar tidak menyempitkan fikiran kita dan jangan membelakangkan yang benar demi sedikit salah.

Petikan dari kenyataan Dr Tee Abdullah

Nasib Melayu di bumi Melayu
Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Wednesday, August 5, 2009

Mengapa, adakah dan ingatlah..

Sering tertanya,

Mengapa kita terus lena dalam siang ini?
Mengapa kita terus buai dalam igauan ini?
Mengapa kita terus sakit dalam keindahan ini?
Mengapa kita terus kelaparan dalam kekenyangan ini?
Mengapa kita terus lemah dalam kekuatan ini?
Mengapa kita terus gagal dalam usaha ini?

Adakah DIA hanya memerhati?
Adakah DIA hanya ingin menguji?
Adakah DIA hanya mendengar?
Adakah DIA berdiam?

Ingatlah,

Siang ini akan berseri sekiranya kita menyebutNYA..
Igaun ini pasti indah andai kita menurutiNYA..
Keindahan ini pasti penuh nikmat kalau patuh akan NabiNya..
Kekenyangan ini pasti dilimpahi barakah jika kita bersyukur kepadaNya..
Kekuatan ini pasti bersatu kalau kita memohan padaNYA..
Usaha ini pasti murni sekiranya kita diredhai olehNYA..

ALLAH MAHA BESAR.
SEGALA SYUKUR PADA ALLAH.


bilik aku,7.27PM

Kenyataan..

semalam saya melihat berita mengenai satu paparan umum bahawa blog akan dijadikan sebagai satu tempat kita memperkenalkan diri kita. Mmg bagus kaedah yang digunakan dan ini memperlihatkan akan kecenderungan kita dalam menggunakan teknologi semaksima mugkin.

Namun apa yang menarik minat saya bagaimana seseorang individu itu yang pada asal nya hanya 'secondry' kpd 'primary' dpt menggunakan kelebihan sang primary..saya ingin menasihatkan diri saya agar kita jangan meniru gaya ini yang bagi saya adalah kelemahan kita untuk paparan umum.

Tuesday, July 21, 2009

Ferguson to Wenger

Ferguson said: "Arsenal have the biggest job to do because they have sold Adebayor and don't seem to have the money the rest have.

"How Arsène develops his team will be his biggest test.

"The one thing we know about Arsenal is that they will play some of the best football you will see and create chances.

"They could easily re-establish themselves and challenge for the league again."


P/s:Good luck to Arsene Wenger and Arsenal...

Sunday, July 19, 2009

Akhirnya Adebayor........

Pg tadi sah la adebayor dijual kepada Man Citu dgn harga £25 dan mendapat gajie £170,000 seminggu...selamat pergi kpd adebayor dan rata2 fan ARSENAL menyatakan adebayor prg kerana duit gaji yang akan dinikmati di MAN CITY...rata2 fan suka akan pemergian adebayor kerana mereka menyatakan ade nie pemalas dan kurang motivated..bukak la link kt bwh nie utk cerita berikutnya....

http://arsenal-mania.com/

Wednesday, July 15, 2009

Politik Memecah Belah Kita


Ya, sepanjang sejarah pun isu-isu politik jugalah yang telah memecah belahkan umat Islam. Lahirnya Syi’ah, Khawarij dan berbagai kelompok yang lain hasil dari ketegangan politik yang bermula pada zaman Pemerintah Saiyyidina Uthman bin ‘Affan r.a, berkembang biak pada zaman Saiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib dan berlangsungan sehingga hari ini.

Hingga, kita terus mewarisi bahana isu-isu politik yang tercetus pada seribu empat ratus tahun lebih yang lalu. Ketegangan Syiah-Sunni yang kedengaran di negara-negara seperti Iraq, Iran, Pakistan, India dan lain-lain adalah hasil dari isu-isu lama politik yang dibentuk menjadi dogma agama dan diwarisi secara fanatik. Bermula dari isu tidak puas hati dengan beberapa tindakan politik bertukar menjadi isu akidah. Semua kerana ketaksuban dan kebencian yang berlebihan.

Ketaksuban kepada Saiyyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a telah melahirkan aliran Syi’ah yang mengagungkannya melebihi batasan yang patut. Perbuatan yang tidak pernah diredhai oleh ‘Ali itu sendiri. Dalam proses membela ‘Ali, lahirlah berbagai hadis palsu yang direka demi menaikkan aliran ‘politik kepuakan’. Kata seorang tokoh silam Syarik bin ‘Abd Allah (meninggal 177H): “Aku mengambil ilmu daripada setiap yang aku temui, kecuali rafidah (syi’ah fanatik). Ini kerana mereka memalsukan hadis dan menganggapnya (hadis-hadis palsu tersebut) sebagai agama”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 1/13, Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah).

Apabila isu-isu politik dibentuk menjadi isu akidah dengan mengada-ada nas agama, maka itu mencetus reka bentuk agama yang tersendiri. Para pengikut yang jahil yang dimangsakan mula menganggap perjuangan politik kepuakan itu sebagai ‘titah agama’ lantas mereka berjihad kerananya. Maka tumpah darahlah kaum muslimin di sana sini. Sedangkan ‘Ali pada zamannya cuba mengatasi hal ini. Apabila beliau ditanya mengenai mereka yang menentang beliau dalam Peperangan Jamal dan Siffin; Apakah mereka itu Musyrikin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, mereka itu melarikan diri daripada syirik.” Ditanya lagi: “Apakah mereka itu Munafiqin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, sesungguhnya golongan Munafiqin tidak mengingati Allah kecuali sedikit.” Ditanya lagi: “Apakah kedudukan mereka yang sebenarnya?” Jawab ‘Ali: “Saudara kita yang melampau (bughah) terhadap kita” (Al-Baihaqi di dalam Sunannya. Ibn Abi Syaybah dalam musannafnya dan al-Marwazi dalam Ta’dzim Qadr al-Salah). Namun apabila ketaksuban sudah tidak dapat dikawal, golongan Syiah menghukum musuh-musuh ‘Ali apa yang tidak dihukum oleh ‘Ali itu sendiri.

Demikian juga kebencian tanpa kawalan. Kebencian kepada penentang ‘Ali, telah melahirkan puak Khawarij yang tidak puas hati dengan langkah perdamaian yang dipersetujui oleh ‘Ali. Lalu api kebencian itu merebak dalam jiwa sehingga membentuk dasar akidah yang membawa mereka mengkafirkan bukan sahaja penentang ‘Ali, bahkan ‘Ali itu sendiri. Lahirnya dogma mengkafirkan orang lain atas dosa yang dilakukan, atau atas tafsiran dosa yang diandaikan. Kelompok Khawarij terkenal dengan kuat ibadat dan tidak melakukan dosa. Malangnya, dogma agama yang dipegang mereka, telah menyebabkan mereka mengkafirkan sesiapa yang tidak bersama mereka, bahkan menumpahkan darah orang ramai yang tidak menyokong pegangan mereka.


Petikan dari: Minda Tajdid

Sudah sekian lama..

Sudah sekian lama aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog aku ini...maklum la,,masa sekrn smkin sdkt utk ber blog ini..tapi jangan risau..aku tetap dgn blog aku...hihihihihih....

Wednesday, June 10, 2009

Kisah yang agak menarik...

Saya masih teringat seorang penceramah politik tertentu, beliau juga terkenal dengan alunan zikir munajatnya. Semasa saya menjadi mufti, beliau berceramah atas pentas politiknya bersama dengan pendengarnya mengalunkan ‘istighfar dan zikirnya’. Habis sahaja ceramah beliau memaki hamun saya di atas pentas yang sama dengan menggelar saya ‘bapa syaitan’. Beliau mahu memancung saya dengan tuduhan saya akan menulis buku khas mengkritik partinya dan beberapa tuduhan lain yang tidak benar. Padahal buku tersebut tidak pernah muncul dan saya tiada cukup masa untuk itu. Saya hanya tersenyum sinis melihat rakaman tersebut dalam you-tube. Saya juga mungkin berterima kasih atas sedekahnya itu untuk saya yang kekurangan pahala ini. Cuma saya begitu kagum ; bagaimana politik boleh menukar watak manusia daripada berzikir kepada memaki hamun orang. Maka jangan hairan jika politik boleh menukar manusia menjadi pencerca, perompak harta, penyeksa bahkan pembunuh sekalipun. Ya, orang politik memang pemurah pahala.

Dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=606
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Sunday, June 7, 2009

Tahniah kepada MALAYISA..

Tahniah kpd pasukan Ragbi Malaysia kerana memenangi Kejohanan Asian 5 NAtion div II..MALAYSIA BOLEH...

Tuesday, June 2, 2009

HSBC ASIAN FIVE NATION DIVISION II

Wed. 3 June 2009

Match A: China vs Pakistan Kick Off: 3:00 PM

Match B: Malaysia vs India Kick Off: 5:00 PM


Mari pg tgk beramai ramai...jgn biarkan penyokong india lagi ramai dari penyokong malaysia...

Friday, May 29, 2009

Sudah lama

sudah lama aku tak update blog...adakah sbb aku busy???sebenarnya aku baru balik dari main masum..penat tapi kalah..aduhai...

Friday, May 8, 2009

Mengapa...

mengapa dan terus mengapa..
kita alpha dan mengapa..
walau kita hidup didunia,
hanya sementara..
tapi mengapa kita alpha...

Monday, May 4, 2009

Renungan Kita..

Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.

Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?

Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.


p/s:Petikan dari http://drmaza.com/home/?p=601 utk renungan bersama.

Tuesday, April 21, 2009

4-4

Livepool lawan Arsenal akhirnya berkesudahan dengan keptsn seri 4-4. Satu perlawanan yang melihatkan kebolehan attacking set pieces tetapi lemah di bahagian defense and terutama pada bahagian pertahanan tengah.Tahniah pada Arshavin yang meledakkan 4 gol utk Arsenal tetapi dan juga Torres yang sememangnya hebat.

p/s:Table kat FKE paling best.penyokong arsenal dan liverpool ddk bersama sambil gelak..kihkihkih...

Sunday, April 19, 2009

Mengapa Muslim biarkan hati mati

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

p/s:renungan untuk aku dan harap dikongsi bersama.Jagalah hati kita.Amin..

Saturday, April 18, 2009

Budaya Nasihat..

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Friday, April 17, 2009

Waspada serunding babi di pasaran

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Wednesday, April 15, 2009

Minggu ini semua pelajar UTM telah memasuki minggu study week..tapi masalah nyer aku tak study lg ni utk periksa aku nie..dah la satu hari 2 paper 3 kredit..cary mark rendah lak tu..aduhai...tolong..tolong...tolong...

Tuesday, April 14, 2009

Takdir..

Assalamualaikum...

ehm..sebagai manusia biasa aku sering lupa yang hidup kita sebagai umat islam ini telah ditentukan dgn qada' dan qadar (klau salah eja mintak maafla). sebagai manusia aku sering lupa dan sering menyalahkan situasi apabila apa yang aku hajati tidak tercapai..aku kena igt yang hidup ini telah ditetapkan oleh ALLAH dan seharusnya kita redha dgn ketentuan. jgn sesekali kita menyalahkan takdir kita tetapi kita kena menerima dgn redha.. belajar la menerima ketentuan ilahi. AMIN..

p/s:kepada sesiapa nama yg telah disebutkan dalam blog ini,saya sebagai tuan blog ingin meminta maaf sekiranya nama tuan/puan diletakkan tanpa kerelaan anda. sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan,sila maklumkan kpd saya.

Friday, April 10, 2009

Mengapa???

hari ini semua nya jadi serba tak kena...mengapa??adakah aku yang pening hari ini atau mmg hari serba tak kena sedunia???

Thursday, April 9, 2009

MAKLUMAN...

KEPADA SEMUA WARGA UTM, ANDA DIJEMPUT BAGI MENGHADIRI PETANDINGAN RAGBI 7 SEPASUKAN DI PADANG UTM.MARILAH KITA BERAMAI RAMAI MEMBERI SOKOGAN KEPADA PASUKAN RAGBI UTM.

ONE CHEERS FOR PIRATES.........

-syukur-

ehm..tepat pukul 4.25 ptg tadi aku selesai satu tugas ntg sbg sorng pelajar diUTM.aku siap present PSM aku kat 2 penilai..aku bersyukur pada Allah yang telah mengizinkan aku untuk menyelesaikan satu kerja yang bagi aku agak memenatkan..zie pun pg tadi dah siap present..syukur la..

Thursday, April 2, 2009

Present PSM...

akhirnye jadual PSM presentation pun dah kuar..aku present khamis nie...9/4..tarikh nie akan menjadi ingatan utk aku...mcm mana la nasib sistem aku...aircond maintenance system..pkai teknologi SMS gan RFID...aku harap aku boleh lepas PSM nie gan jayanya...InsyAllah...semoga RFID aku akan berjaya dengan is nya..(ayat orang tgh takut)

Thursday, March 26, 2009

Akibat bukan kelibat...

pagi nie aku bgn dalam keadaan yang tak best..bdn rasa lemah..batuk2..aduh...biler aku fikir balik,sekarang nie cuaca tgh tak berapa elok..aduh..nk pg klinik pun malas+susah...ini la akibat tak nk jaga kesihatan betul2...

aku harap besok aku dah boleh recover..aku nk wat peisem(PSM)...

Saturday, March 21, 2009

P S M

Projek Sarjana Muda...itulah satu subjek yang harus diambil oleh semua pelajar jurusan Ijazah sebelum begi melengkapkan pembelajaran mereka..aku pun tidak dapat lari dari subjek ini..untuk maklumat umum,tajuk P S M aku adalah Aircond Management Maintenance System With RFID..subjek ini la menyebabkan aku dan rumate (amik jugak) menjadi serigala..malam kami pulun untuk buat.siang pula kami tidur sehingga ke petang..doakan semoga aku dapat melengkapkan subjek ini dengan cemerlang..SHAFIQ AMIR BOLEH !!!!

Tuesday, March 17, 2009

Perbezaan??

Andaikan ada satu persatuan. Persatuan saya mempunyai satu badan disiplin.Pada satu hari ahli dalam persatuan saya bergaduh sesama sendiri.Dan salah seorang dari mereka melaporkan ini kepada pihak polis.Badan disiplin dalam persatuan saya pun menyiasat benda yang sama bagimencari kesahihan.Persoalan pertama, adakah harus pihak polis menanti siasatan badan disiplin persatuan saya sebelum membuka kertas kerja??

Persoalan kedua,didalam kes ini,dimanakah keperluan dimana dalam menjalankan siasatan adakah dari pihak polis atau badan disiplin??Apakah beza badan disiplin dalam persatuan saya dengan badan disiplin persatuan lain???Adakah harus badan disiplin persatuan saya menukar kertas siasatan (bagi menjaga nama baik persatuan saya) baru menyerahkan kepada polis bagi meneruskan siasatan selanjutnya..

p/s:Siapa tau arsenal menang atau kalah lawan Hull City???

Monday, March 16, 2009

BuKu Muka aka facebook..

Semalam aku berpeluang untuk membuka akaun facebook pertama aku..Agak blur jugak la aku mase nk sign up..tapi pelik bin ajaib bila si WANita lebih mengetahui daripada aku tentang facebook..pelik kan..bila tanya pasal mende lain,mesti dier ckp tak tau,,tapi psl bende2 mcm facebook atau friendster,secara tiba2 semua jadi serba tau..aduyai..

Saturday, March 14, 2009

Sebelum dan selepas..

kata fergusen sebelum..

"Pada awal saingan kami beraksi di bawah tahap sebenar tetapi sekarang keadaan sudah berubah dan sesiapa sahaja akan menjadi mangsa kami," kata Ferguson menjelang aksi genting itu.

Berikut merupakan kata Sir Alex Ferguson sebelum pertemuan Mu(hebat) dengan Liverpool.

Selepas Perlawana.

Vidic-Kena Merah,Sepak angin,tarik tali tapi tertarik baju gerrad,muke kesian mase torres tarik dalam kotak penalti

Van Der Sar-1 kali tangkap belalang,1 kali joget cakpong(gol aurelio),1 kali berdiri tegak persis patung buddha(gol dossena),last skali kena kad kunnig minit ker 44.

Ferguson-kunyah chewing-gum laju time liverpool leading 2-1,kunyah chewing-gum dan akhirnya menelan selepas VDS jadi patung..

akhir kata-Maju lah sukan Utk MU(tak ikhlas)

Friday, March 13, 2009

Kesabaran

Dalam kehidupan ini,kita sering mendapat ujian dan halagan.Saya pernah membaca satu pertikan sabar membawa maksud "tabah menghadapi sesuatu keadaan yang tidak disenangi oleh manusia serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak pernah mengenal putus asa". Namun mungkin kita sebagai manusia biasa selalu mengeluh tentang segala ujian,masalah dan rintagan yang kita hadapi dalam kehidupan ini.

Antara langkah jika anda diuji.(prtikan dari nota SPM)

i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas
dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat
kepada Allah dengan penuh reda
dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa
dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan

Semoga saya dapat bersabar dan bertenang...Shafiq boleh....

Wednesday, March 11, 2009

P.E.S...

aku masih lagi tersenyum dengan kemenangan besar aku dengan reza...7-1 mcm tak masuk akal tetapi itu la kenyataan yang harus reza terima sebagai seorang pemain pes berbakat....huhu.=p

Sunday, March 8, 2009

Perjalanan Malam Minggu...

Malam minggu yang lepas,aku gan kwn2 dapat melengkapkan satu perjalanan yang begitu sempurna..berikut merupakan catatan perjalanan aku and the geng(fairus,daniel,haris,raziman,seman,had dan zain)...

9.40 mlm-selepas baca doa perjalanan yang dibacakan oleh had,kami pun bertolak ker desaru tapi nk singgah dlu kat pasar pandan

10.20 mlm-kami sampai kat pasar borong dan berjalan sakan kat sana..kerana daniel kelaparan,kami pun mkn la kat pasar borong..

11.30 mlm-selepas abih kan duit utk mkn kat sana,kita org pun gerak la ke desaru...aku diberi tugas utk bawak jip PAJERO abg Haris JCG 6678..

1.30 pg-kami sampai ke desaru dan kami rasa hampa sbb nk pg pantai sampai kena bayar rm10.00 per kepala..aduh...mahal giler..mcm nk msuk club la plak...so kita org pun pg la kat pantai bersebelahan...tanjung balau...tapi lagi la sedih...trun jer keta,trus nmpk signboard "Dilarang mandi atau memancing"..aduh...so kita org pun lepak kat sana jap dan berbincang..so kami pun tekad utk mengeluarkan rm 10.00 sorng tapi bkn utk pegi ke desaru tapi sbb nk isi minyak jip utk ke AIR PAPAN...hauhauhahuahua..air papan tu....so kita org pun trus la bergerak lebih krng dlm kul 2 lebih..

2.20 pg-kami kena tahan kat sekatan polis aka Road Block...semua ic pak polisi amik sbb nk kena amik butiran peribadi..tapi sempat la berborak gan pak polisi..dlm ramai2 polis tu ader sorng tu dari tempat SEman...siap hantar kitaorng kat keta dan wish "Jalan Elok2 Eh.."huhu..baik btul polis..

5.00 pg-kami sampai ke.......hahah..bkn air papan tapi ke Teluk Gorek..huahuaua...bak kata Daniel "Teluk GOrek nie air die landai..lagi landai dan best dari air papan.."so kita org pun nk stay kat situ dan tunggu subuh..lps subuh kitaorg pun buat la sesi bergambar di tepi pantai..mcm ader effect lak kat sana..lawa gambar..nnti aku upload...

6.30 pg-seman buat lawak sikit..."kita kat mana nie??kat tanjung borek eh??"uhuhuuhu...

7.00 pg-satu kejadian pelik telah berlaku.jeng jeng jeng...daniel telah pegi hampir 70 meter ke tengah laut..tapi yang pelik nyer,jgn ckp baju dier nk basah,tapi lutut daniel pun tak basah...aduhhhh..mcm mana plak klau aku mandi nnti..nk basah kan perut pun ssh la mcm nie...lagi sekali kami buat keputusan drastik..Ayuh ke air papan..hauhauhau.....kami trus lipat khemah dan kemas barang...trus gerak....ke AIR PAPAN...

8.00 pg-kami singgah sarapan kt depan simpang air papan...aku pelik betul la makcik tu..adaker aku mkn nasi lemak telur(nasi lebih) dan teh tarik kena charge rm3.50..adoyai....bayar je la....siap kena kuliah subuh lak tu gan pak cik warung tu...bagus pak cik..pak cik boleh...

8.30 pg-sampai jer air papan,kami trus je mandi...huahuahua...tapi tuan kenderaan tak leh mandi sbb mata dier tak sembuh lagi...tapi mandi tetap mandi...dah la bola arab hanyut..hauhauha...sebelum balik,raziman siap amik kan air utk nasir lak tu..nasir nak buat ubat suara dier..."Bangang pyer reff"..huhuh...

12.30 tgh-kami pun bersiap utk pulang..sbb abg haris nk pg clebrate birthday adik dier....huhu...dlm perjalanan pulang co pilot aku aka peyus karimi siap tidur lak tu...dah la mulut terbukak,muka menghadap aku lak tu..aduhai....kih kih kih...peyus peyus...aku ape lagi..amik gambar la...hahauhauhahua...jgn marah...

2.30 ptg-kami singgah mkn kat nasi ayam baser kt Kota Tinggi...hariss ckp sedap tmpat tu...8 org mkn kena rm 58...ok la tu...masa mkn siap jumper group wanita tapi yg berlagak mcm lelaki..huhu...zain tgk tak berkelip...zain2...

4.00 ptg-singgah kat al ikhsan sbb nk beli bola arab yang telah hanyut dibawa oleh air papan...huhu

5.00 ptg-singgah mkn abc dlu kat medan selera tmn U...sedap tu....

5.30 ptg-sampai la ke kolej sepuluh...tapi sebelum tu siap buat lawak"Kulai..Kulai"(memerlukan masa utk mengerti)huahuhau


p/s:maaf klau tersingung...tapi best giler dapat berjalan....aloha...

Saturday, March 7, 2009

Anak Buah pertama aku....


Ahmad Dhani Ilham...

Segamat 10's

Team UTM dalam segamat 10's..tapi kalah la............

Peminat saya..huhuhu...

yang kat sebelah tu adalah peminat saya yg minat kat saya(tapi tgh merajuk skang..)

Friday, March 6, 2009

Bola Sepak...

semua sedia maklum yang mutu bola sepak di negara kita sememangnya dalam keadaan tenat lagi parah..aku yang baru berumur 23 tahun pun dah boring dgn persembhn bola sepak negara malaysia...kenapa la dorng main mcm tak der semangat kesukanan...sebab aku pernah tgk game thailand lwn gan iran..thailand pyer pattern play tak menampakkan yang dorng nie underdog dlm game tu..knper team negara aku tak leh buat benda yang sama???adakah mereka tak dapat pendedahan??atau kurang pengalaman beraksi di pentas hebat???atau liga malaysia itu sendiri kurang berkesan??

aku sebgai seorang peminat bola sepak malaysia berasa sedih setiap kali malaysia tewas lagi2 dlm game AFC gn golkeaper buat lawak depan gawang(lawak menangkap rama2)..aku pernah membincangkan benda nie gan kawan2..berbincang nie maksud nyer mcm berborak la bkn macm meeting...bagi aku masalah dalam bola sepak ini adalah terlalu besar..dia bkn nyer kesalahan satu pihak...bagi aku selayakner pemain yang harus disalahkan sbb mmg tugas mereka sebagai pemain bola dan belajar mengatasi semua masalah yang mereka hadapi..knpa aku ckp mcm nie??iraq yang negara baru lepas perang pun boleh main lagi bagus dari kita.knp??sbb pemain dia bermain dgn semangat..penuh desire utk menang...jgn mennyatakan salah orang..sedangkan orang melihat salah kita...FAM pun satu gak..naper la mcm kurang berfikir dalam hal nie..bagi aku mereka seharusnya menjaga mutu permainan dalam liga super..antara langkah yang boleh mereka adalah menjadikan liga ini adalah liga yang terbaik di asia tengara..antara langkah yang dorng harus amik adalah memberi peluang kepada pemain import dan jurulatih luar..bkn kat sini maksudnya jurulatih dan pemain tempatan tak bagus,tapi kita mesti belajar dari luar sebgai contoh teknik bertahan,menyerang dan lain2..

lagi satu adkh korng perasan yang pemain malaysia tak der pun yang main di liga negara jiran..knp jadi mcm nie??adkh mslah bahasa atau makanan??pemain bola sepak harus menimba pengalaman dari negara jiran bagi menambah cara atau pengetahuan dalam padang..jgn takut untuk berhjrah demi kebaikan diri anda...jgn igt PAHANG jer boleh bayar sampai gaji belas ribu..sbb klau ko bagus,dan mmg bagus,msti negara luar dah panggil..atau kau hanya hero kampung dan hanya orang kampung jer yang akan panggil ko main..fikir2 kan lah...aku bkn nk menyalahkan sesiapa.tapi siapa yang terasa gan aku pnyer tulisan nie,aku mintak maaf la..sbb aku hanya menjalankan tugas sebagai seorang peminat bola sepak malaysia..

MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK DIRI ANDA SENDIRI

PES Bilik Zain..

ehmm..tah ape la kena gan budak 3scs...tiap2 hari mesti nak bran...msti akan dgr suara kuat "ada bran tak??"ini lah perihal budak2 nie..yang hebat nye,game Pes nie dimainkan oleh ahli bilik keramat(bilik zain)..line up game pes(aku,arab,zain,seman gan reza)..nie la antara sebab PSM aku lambat siap..huhuhuhu...sehinga artikel nie di post,seman gan reza tgh bran dan dgr kata siapa kalah kena bogel..haiiii...tapi satu yang menarik mengenai game PES..kami ader mengelarkan satu cara score dgn nama ''GOL AKADEMIK''..pakar gol akuademik adalah arab dan aku..huhuhu...

Thursday, March 5, 2009

Final Ccna3...

Saat text nie ditulis,aku masih lagi di komputer CICT..aku baru abis amik final ccna3..adyh..dapat 50 lebih jer..tu la yg sedih nie...tapi aku bangga sebagai student sbb aku tak meniru time exam nie..kire titik peluh aku la tu..tapi nk kena push untuk next exam lak..takkan nk main area 50 lebih jer kot...cammon moky...huhuu...thanks la tu DR SHAFIE sbb ajar aku ccna3 gn bagus skalai..ahakss...dari tunjuk ajar dier la aku dapat samapai ke tahap nie...

DVD "Wujud"

malam tadi aku berkesempatan menonton dvd 'wujud'(entiti singapore)....tgk ramai2 gan kawan2..
pyer la lambat nk tgk hantu sampai citer yang spatut nyer seram jadi lawak KBKK sbb boring tunggu hantu singapore...tapi aku pelik la dlm dvd tu..dier ader tunjuk upacara memakai susuk yg dilakukan bomoh dari indon...pelik tul..susuk tu haram..tapi cara dier pasang tu siap bace doa lagi lak tu..mmg dah tersimpang jauh dah tu...dah la 'kakcik' dlm dvd tu pkai mcm nk pg berjalan kat KLCC tapi padahal nk pg cari hantu..hairan aku gan org singapore...tapi ader 2 maklumat yang aku dapat dari dvd tu mengenai susuk..org pkai susuk emas nie tak leh lalu bawah jemuran buluh..tapi bomoh tu ckp jemuran basah pun tak leh...lagi satu org yg pkai tak leh nk mkn pisang emas yang sedia maklum pisang yang paling sedap kat dalam family pisang...pengajaran dari aku...klau muka dah tak lawa,tak yah la nk bersusuk..satu sbb mmg syirik kan..lagi satu ko tolak rezeki tu...dah la tak leh mkn pisang emas..abis tu klau balik kat umah nnti mak ko buat cucur pisang pkai pisang emas,ko bleh melopong jer la..kuikuikui...

Wednesday, March 4, 2009

Merajuk...

ehm..mungkin bagi ramai orang,ini hanyalah satu perkataan yang membawa maksud kepada sifat seseorang...merajuk..trlalu sinonim dengan manusia...adakah manusia akan merajuk pada semua perkara yang tidak meyenangkan hatinya???adakah manusia akan merajuk apabila tuntutannya tidak dipenuhi spt yg dikehendaki olehnya......atau mereka akan merajuk apabila tiba masa a.k.a angin nya...huhu...lagi2 wanita..kenapa gurl suka sgt merajuk..pelik btul aku..pening betul aku...kusut tul aku....takkan la dorng tak der bende lain yang boleh dilakukan selain daripada merajuk....gelak ker..mkn ker...ker tersengeh ker...nie nak memuncingkan mulut jer sehingga boleh sidai baju kat mulut dorng...adoyai...kurang kan sikit yer sifat merajuk..ini nasihat ni untuk aku jugak...jgn asik merajuk sbb ianya amat memenatkan mereka yang ditugaskan untukmemujuk..huhuh...

3 hari berfutsal..

Puas hati aku..selama 3 malam berturut turut aku main futsal..
walaupun tak power,tapi puas sbb dapat enjoy gan kwn2...jgn marah..
penat..mcm nk koyak kaki oden..tapi malam nie kalah la plak..sampai benda nie ditulis,aku still blum mandi lagi dan masih tengah mengeringkan badan ku..huuuhhuhuh...adoyai.......

Monday, February 23, 2009

seri lagi la...

aduhai..mlm sabtu lepas,arsenal seri lagi..gan sunderland lak tu..bila la nk konsisten..

Wednesday, February 18, 2009

Eduardo...

kuat betul semagat mamat sorg nie...dier dah tak main bola hampir setahun..
tapi bila main balik boleh score sampai 2 bijik gol..tahniah la...semagat mcm nie la kita nak...=)

Monday, February 16, 2009

Class Quality Control..

apa la masalah aku sebagai seorang pelajar...
aku akan bernafsu untuk edit or update blog biler dalam kelas..
mungkin sbb internet laju kot dlm kelas..
tapi aku kena tukar cara aku berkerja..
baru maju...=)

Nak cerita sikit..

mase buat blog nie,aku dlm kelas ccna3..
nama lecture-Dr Shafie..
punyer la malas aku nie sampai boleh bukak blog dalam kelas..
aduhaiiii...=)

Baru nak mula

Baru jer bukak blog..org lain dah beranak pinak blog dier...huhu..